

YOUR SATISFACTION, OUR MOTIVATION.
AN NISA MAJU PROPERTIES
Kami adalah 100% syarikat milik bumiputera.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SIAPA KAMI
Kontraktor Bina Rumah
Kami merupakan antara syarikat kontraktor bina rumah di kawasan Kok Lanas. Bermula pada tahun 2015, kini kami telah berjaya membina dan menyiapkan 5 buah rumah dan juga mengambil kontrak membina pagar rumah, mengecat dan lain-lain lagi.
Perkhidmatan kami yang cepat, berkualiti, dan mesra sanga dikenali di kawasan ini termasuk juga di kawasan Kota Bharu. Pasukan kami mempunyai kemahiran dan kepakaran membina rumah yang cukup luas yang akan menghasilkan binaan yang berkualiti yang memenuhi citarasa pelanggan.
Kami sentiasa meletakkan kerja kami sebagai keutamaan bagi memastikan kepuasan pelanggan kami sentiasa menjadi ketuamaan #1 kami. Hubungi kami untuk tahu dengan lebih lanjut berkenaan kami dan bagaimana kami dapat membantu anda merealisasikan impian anda.

MEMBINA DAN MENJUAL RUMAH
Memenuhi Citarasa Pelanggan
Dapatkan hasil yang diinginkan dengan harga yang berpatutan bersama kami. Kami membina dan menjual rumah mengikut citarasa serta memenuhi kepuasan pelanggan. Pelanggan kami adalah keutamaan kami. Setiap perjalanan kerja kami, kami akan melaporkan kepada pelanggan kami iaitu pemilik rumah yang kami bina.

MEREKA DAN MELUKIS PELAN RUMAH
Kepuasan Dijamin.
An Nisa Maju Properties juga menyediakan khidmat melukis pelan rumah. Pelanggan boleh menyatakan hasrat mereka tentang rumah impian mereka dan berbincang dengan kami. Tugas kami adalah untuk merealisasikan impian tersebut. Lakaran pelan yang siap akan diberikan kepada pelanggan untuk berbincang dengan keluarga masing-masing.

MENGUBAHSUAI RUMAH
Servis Profesional
Bagi yang sudah mempunyai rumah tetapi mahu mengubahsuai kediaman bagi menjadikan kediaman lebih selesa, kami juga menyediakan khidmat mengubahsuai rumah. Sebelum projek mengubahsuai dimulakan, kami akan melakar dan menghasilkan lukisan 3D bagi membantu pelanggan memahami dan tahu akan hasil selepas pengubahsuaian siap nanti.
Kami berbangga dapat bekerjasama dengan anda. Hubungi kami segera untuk lebih info.
Kami merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputera. Matlamat kami adalah bagi merealisasikan impian pelanggan memiliki rumah yang diidamkan dengan harga yang berpatutan. Kami mengalu-alukan anda untuk membina rumah anda dengan kami.
Pengarah Syarikat
